Followers

Monday, 1 October 2012

Cara-Cara Kuruskan Badan Yang Mudah Walaupun Anda Terlalu Gemuk


Beruntung jika kita memiliki badan yang kurus dan langsing. Nampak sihat, bersemangat dan cantik. Jadi gemuk pula stress, hodoh dan aduhai malas nak sebut lagi :)

Kawan-kawan pun dah banyak tanya bila nak kurus.

Ada tak cara-cara kuruskan badan? Nak mudah saja. Tak nak susah-susah.

Jawapannya memang ada. Cuma perlu bekerja keras sikit lah :)

Sebenarnya, nak jadi kurus ni mudah saja. Dua benda saja yang kita perlu lakukan.

1.    Bersenam untuk membakar lemak
2.    Mengambil makanan yang betul

Tentu anda pernah dengar kan? Saya rasa ada yang telah pun mencuba.

Tetapi gagal juga nak kurus.

Apa yang kita lakukan sebenarnya dah betul. Punca kita gagal adalah cepat berputus asa, tiada motivasi diri, target terlalu tinggi dan tidak faham konsep sebenar kuruskan badan.

Di blog ini saya akan menerangkan bagaimana cara yang betul untuk kuruskan badan. Ia tak susah seperti yang anda fikirkan.

Senaman Membakar Kalori

Kalori mesti dibakar jika kita mahu kuruskan badan. Tidak cukup jika kita mahu kurus dengan mengurangkan pengambilan makanan tanpa membakar kalori.

Bila kita kurangkan makan badan kita akan terasa lemah dan tak bertenaga. Malah bentuk badan kita tetap sama dan berat badan kita tidak berkurangan.

Hasilnya kita gagal kuruskan badan.

Banyak cara membakar kalori. Antara yang paling berkesan adalah senaman.

Jangan takut bila dengar perkataan senaman. Tidak semestinya perkataan senaman berkait dengan berlari satu jam sehari, kena pergi ke gym tiap-tiap hari dan macam-macam lagi. 

Sebenarnya dalam kehidupan seharian kita telah banyak melakukan senaman.

Contohnya adalah berjalan, menaiki tangga, mengemas rumah dan macam-macam lagi.

Setiap pergerakkan kita akan membakar kalori untuk dapatkan tenaga.

Jadi, kenapa susah nak kurus?

Jawapannya adalah kita mengambil terlalu banyak kalori daripada menggunakannya. Hasilnya kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.

NU~CELL DAPAT MENGATASI MASALAH ANDA DENGAN MEMBAKAR KALORI DAN LELEMAK DEGIL SECARA SIHAT





0 comments: